Tahan darah

Luka kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh berhenti dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri tertentu untuk beberapa minit. Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga merupakan salah satu kaedah untuk mem-bantu mengurangkan pendarahan.