Petua Rawatan Kayap

Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.

Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar. Selain menggunakan rawatan moden kayap juga boleh di ubati dengan kaedah berikut:…

Bab ini pada menyatakan menyembuhkan kayap. 

Petua ni perlu dilakukan oleh "anak teruna yang kawin dengan janda". Kalau payah nak jumpa golongan ini … sendiri buat pun insyallah….  Kena kunyah putik nangka dan sembur pada kayap itu… sebelum sembur kena baca 6 baris ayat ini… 



Bismillah….



"Anak teruna kawin janda."

"Allah menawar Mutakalliman Yang Menawar."

"Turun bisa naik tawar."

"Mada madi mata mati" ulang 3x

"Mati penyakit kayap."

"Allahu ajallu mim man 'aqab."



Kayap akan kering dan tompok kayap akan jadi macam parut demam campak (hitam kehitaman) .. bab nak hilang bekas tu jatuh pada bab lain la pulak.  :toothy2:



p/s.

Putik nangka kalau bukan musim dia memang payah nak dapat…maka kalau gitu keadaannya boleh kot diganti dengan sireh pinang. kalau boleh cari yang sireh jantan…sireh bertemu urat..

Leave a Reply