Tag Archives: kiamat

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.

 Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.

 Lambat.

 Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

 Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

 Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

 Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

 Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.