MB Lulus RM20,000 Untuk Persatuan Bekas TLDM Perak

mb

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluluskan peruntukan RM20,000 kepada Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Cawangan Negeri Perak.

Dr Zambry berkata, peruntukan itu bagi membantu pihak persatuan yang kini mempunyai lebih 800 ahli menjalankan aktiviti dan program kebajikan ahlinya.

"Peruntukan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan pihak pengurusan Persatuan dalam menjaga kebajikan ahli,’’ katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia Cawangan Negeri Perak di Dewsan KEMAS, Manjung semalam.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli persatuan itu supaya menolak sebarang bentuk fitnah pembangkang yang bertujuan untuk meraih simpati  dengan menabur bibit-bibit kebencian terhadap kepimpinan negeri dan kerajaan BN.

Dr Zambry berkata, pihak pembangkang hanya gemar menabur fitnah dan berbuat janji kosong sedangkan mereka tidak mampu menunaikannya.   

Beliau memberikan contoh isu pemberian tanah kepada bekas anggota perajurit yang telah diputar belitkan oleh pihak pembangkang kononnya kerajaan BN hanya memberikan kepada golongan tertentu sahaja dan mengabaikan bekas anggota tentera.

Katanya, sebagai Menteri Besar, beliau  boleh ditemui rakyat pada bila-bila masa terutama  waktu program Bertemu Pelanggan yang diadakan setiap Selasa atau sewaktu beliau turun padang ke Lumut dan Manjung.

"Inilah pendekatan kerajaan BN sejak dulu lagi dimana kita sentiasa berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan seperti pembangkang yang pandai menabur janji tetapi tidak mampu melaksanakannya," katanya.

Sumber berita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">