Daily Archives: October 22, 2012

I love Manjung

petakstand

Sewaan Petak Khas Letak Kereta

Pengenalan

Unit Tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Manjung turut menyediakan kemudahan kepada anda antaranya ialah perkhidmatan Sewaan Petak Tempat Letak Kereta dan Pembelian Pas-Pas Bulanan.Ia bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang di kehendaki.

Sewaan Petak

Bagi penyewa yang ingin menyewa petak letak kereta mereka perlu mematuhi garis panduannya. Antaranya ialah: 

Petak yang di pohon haruslah berada di hadapan kedai atau premis penyewa dan tidak menganggu lalu lintas.

Petak yang di pohon itu haruslah tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat perniagaan yang sesak dan pusat-pusat membeli belah kerana ia akan menyebabkan orang ramai tidak dapat meletak kenderaan mereka