Daily Archives: August 24, 2012

Penerima PTU, JPP diberi Imbuhan 1k sebulan

mael

Penerima PTU, JPP diberi imbuhan RM1,000 sebulan

TELUK KEMANG 30 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian imbuhan kepada penerima Pingat Tentera Udara (PTU) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) sebanyak RM1,000 sebulan sempena Hari Pahlawan, esok…..

Ada tak di kalangan warga TLDM yang dapat?  Tentu tak ada kan? Kalau difikirkan seluruh warga KD SRI PERAK ini patut diberi penghargaan serupa (maaf jika ada) mungkin diwujudkan Pingat Tentera Laut. atau dikurnia pingat JPP (siaran terlewat)… Diharap pihak pengurusan atasan TLDM dapat melakukan sesuatu kepada wira-wira tak didendang ini. . 

Dengarlah kisah ini…72 jam Pengalaman Terapung di Laut.. bertarung nyawa mempertahankan negara.. Quote

Kawad Senyap TLDM

kawadsenyap

Skuad Kawad Senyap (SKS) adalah satu bentuk Pertunjukkan Kawad diamalkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (Bahagian TATU) yang melibatkan pelaksanaan latihan senjata (M16) dalam siri pergerakan yang kompleks dengan penyelarasan dan ketepatan yang jitu.

Sifat latihan ini mempamerkan pelbagai kepelbagaian; pergerakan yang tajam dan cepat, anggun dan aliran tersusun, atau termasuk pelbagai teknik melambung dan berputar senjata. Semasa persembahan, anggota bergerak secara serentak melalui corak tari dengan senjata  yang bergerak di bawah kawalan mereka, sentiasa diselaraskan dengan rentak muzik.Kawd Senyap ini dilaksanakan tanpa perintah dan yang kedengaran hanyalah bunyi “snap dan pop “ senjata pada setiap langkah, dalam penyegerakan sempurna dan dengan ketepatan.