Daily Archives: July 31, 2012

Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBTLDM Kali Ke -5

rasmimtg

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, 15 Jul -  Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar TLDM telah merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas TLDM (PBTLDM) kali ke – 5 bagi tahun 2012 di sini pagi ini.

Dalam majlis tersebut, Presiden PBTLDM YB Tuan Haji Onn Mohd Yasin telah mengiringi Panglima Tentera Laut sebagai wakil Yang Dipertuan Agong untuk menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada wira tanah air bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam TLDM. 

MB Lulus RM20,000 Untuk Persatuan Bekas TLDM Perak

mb

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluluskan peruntukan RM20,000 kepada Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Cawangan Negeri Perak.

Dr Zambry berkata, peruntukan itu bagi membantu pihak persatuan yang kini mempunyai lebih 800 ahli menjalankan aktiviti dan program kebajikan ahlinya.

"Peruntukan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan pihak pengurusan Persatuan dalam menjaga kebajikan ahli,’’ katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia Cawangan Negeri Perak di Dewsan KEMAS, Manjung semalam.

ASET TLDM

fleet

ARMADA TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris: Sea Lines of Communications, SLOC) utama negara seperti Selat Melaka danSelat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.