Category Archives: PBTLDM

Taklimat dan Dialog dengan JHEV 20 Okt 2012

bannar-jhev

Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah ‘Campaign Medal’ yang telah dizahirkan pada 3 Mac 2004 yang dianugerahkan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (Warga ATM) dan anggota Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat,  yang telah bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara ini sepanjang tempoh Darurat Pertama dan Darurat Kedua, tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita dan samada dan masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBTLDM Kali Ke -5

rasmimtg

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, 15 Jul -  Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar TLDM telah merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas TLDM (PBTLDM) kali ke – 5 bagi tahun 2012 di sini pagi ini.

Dalam majlis tersebut, Presiden PBTLDM YB Tuan Haji Onn Mohd Yasin telah mengiringi Panglima Tentera Laut sebagai wakil Yang Dipertuan Agong untuk menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada wira tanah air bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam TLDM. 

MB Lulus RM20,000 Untuk Persatuan Bekas TLDM Perak

mb

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluluskan peruntukan RM20,000 kepada Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Cawangan Negeri Perak.

Dr Zambry berkata, peruntukan itu bagi membantu pihak persatuan yang kini mempunyai lebih 800 ahli menjalankan aktiviti dan program kebajikan ahlinya.

"Peruntukan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan pihak pengurusan Persatuan dalam menjaga kebajikan ahli,’’ katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia Cawangan Negeri Perak di Dewsan KEMAS, Manjung semalam.